You are here: Home / Wakil Rakyat / YB Wong Chen

YB Wong Chen

Wong Chen is a Malaysian politician and is the Member of the Parliament of Malaysia for the Kelana Jaya constituency in Selangor. He is a member of Parti Keadilan Rakyat in the Pakatan Rakyat opposition coalition.

Currently Elected Representative

Biography

Portfolio Politik

Dasar-dasar ekonomi PKR

  • 2009 Menjadi Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  • 2010 Di lantik sebagai Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR.
  • 2013 Menjadi Ahli Parlimen Kelana Jaya.

Pengalaman Kerja

Peguam korporat selama 23 tahun.

Kelayakan Professional

LL.B (honours) University of Warwick.

MyMP Survey

Pelan

Parlimen:

  • Memastikan isu Trans Pacific Partnership mendapat ruang yang terbuka dan infomasi yang lengkap untuk memastikan kepentingan rakyat terjaga semasa pembahasan di Parlimen.
  • Memantau dan memastikan dasar ekonomi dan belajwan terjaga.

Kawasan Kelana Jaya:

  • Menaikkan taraf hidup penduduk dari segi ekonomi, keselamatan dan juga kemudahan awam.
  • Dengan sedaya upaya membasmi kemiskinan penduduk dalam bandar yang terdesak.

Peranan Wakil Rakyat

Bagi saya, saya cuba memastikan rakyat faham apakah sebenarnya tugas dan peranan kerja Ahli Parlimen; iaitu menjaga isu-isu dasar negara dari segi undang-undang, ekonomi dan pentadbiran. Hanya dengan ada kesedaran ini, kerja saya boleh menjadi lebih fokus dan saya boleh memberi laporan lengkap tentang aktiviti-aktiviti saya.

Saya kerap kali mengadakan dialog terbuka dengan rakyat dan juga menggunakan social media Facebook, blog dan Twitter setiap hari untuk mengkomunikasikan isu dan tugas harian saya. Pejabat saya juga mengeluarkan laporan setiap enam bulan mengenai kerja-kerja yang kami telah lakukan. Kami juga menyediakan penyata kewangan kami dan dipamerkan untuk dikaji rakyat.

Cadangan Buku

“Capital in the 21st Century” oleh Thomas Piketty. Ini merupakan buku bidang ekonomi yang terpenting dan perlu dibaca oleh semua yang inginkan sistem ekonomi yang lebih baik. Buku ini mempunyai beberapa pandangan dan dasar yang boleh diamalkan di Malaysia.

Sources:
Sinar Project Popit Database
MCCHR MyMP Survey

Mengenai MyMP

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan

pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Maklumat lanjut