You are here: Home / Wakil Rakyat / Wilfred Madius Tangau

Wilfred Madius Tangau

A politician born to family of a Kadazandusun traditional hill padi cultivator.

Currently Elected Representative

Biography

Portfolio Politik

Pemangku Presiden dan Ketua Bahagian UPKO Bahagian Tuaran

Pengalaman Kerja

  • Guru Sandaran (1979).
  • Pengawai Penyelidik (Silvaculturist)/ Ketua Unit Silvicultur- Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA) (1983 - 1985).
  • Penyelidik Bersekutu, Institute for Development Studies (IDA) Sabah (1985 - 1994).
  • Ketua Pengawai Eksekutif/ Pengarah Eksekutif; Institute for Indigenous Economic Progress (INDEP) Sabah (1994 - 1999).
  • Ahli Dewan Undangan Negara Tuaran (November 1999 - 2004).
  • Pengerusi, Lembaga Kebudayaan Sabah (2003 – 2009).
  • Pengerusi, Lembaga Industri Kayu Malaysia (MTIB) (2010 – Sekarang).
  • Pengerusi, Forest Plantation Development Sdn. Bhd. (2010 – 2013).
  • Ahli Lembaga Pengarah, Suria Capital Berhad (2012 – Sekarang).

Kelayakan Profesional

  • Masters in Development Management (MDM), Asian Institute Of Management (AIM) Makati Metromanila.
  • Bachelor of Science in Forestry (BSC Forestry), University Pertanian Malaysia (UPM.)

MyMP Survey

Pelan

  • Menerus dan mempertingkatkan kecemerlangan akademik di kalangan pelajar di semua peringkat. Tahun lepas, daerah pendidikan Tuaran mencapai tahap nombor 1 mengalahkan daerah pendidikan Kota Kinabalu dan pencapaian ini perlu ditingkatkan.
  • Memastikan kesemua permohonan tanah yang tertunggak di daerah Tuaran dapat dibentang dan dipertimbangkan oleh mesyuarat Land Utilisation Committee dan survey permit dapat dikeluarkan. Ini dilakukan dengan pendekatan pelan tanah terancang. Setiap kampung yang terlibat hendaklah melaksanakan peraturan permuafakatan kampong.
  • Mempertingkat dan menaiktaraf infrastruktur asas yang melibatkan jalan-jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air, jambatan, prasarana sekolah, dewan muhibah, dan rumah ibadat.
  • Memperjuangkan projek-projek infrastruktur yang buruk terutama sekali yang melibatkan pendidikan dapat diatasi dan disiapkan secepat mungkin.
  • Mempertingkatkan penyertaan wanita dan belia dalam keusahawanan sebagai program untuk membasmi kemiskinan dan menjana kemakmuran.
  • Membangun industri pelancongan sebagai penjana utama pertumbuhan ekonomi selain daripada pertanian dan sektor pembuatan.

Peranan Wakil Rakyat

Peranan Ahli Parlimen akan lebih efektif jika Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dapat dikembalikan. Akta ini hendaklah memberi ruang dan kuasa Parlimen untuk mendrafkan rang undang-undang sebelum dibentangkan untuk bacaan pertama, kedua dan ketiga. Pada ketika ini, kesemua rang undang-undang didrafkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Adalah juga wajar bagi Parlimen malaysia untuk mengikuti Parlimen Australia di mana satu lagi persidangan yang bersidang selari dengan Dewan Rakyat sebagai satu saluran kepada wakil-wakil rakyat untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah pembangunan kawasan.

Cadangan Buku

Buku yang paling penting yang harus dibaca oleh rakyat malaysia adalah Perlembagaan Malaysia dan juga Perlembagaan Negeri-Negeri. Satu lagi buku yang harus dibaca adalah buku ‘Perjanjian Malaysia’.

Sources:
Sinar Project Popit Database
MCCHR MyMP Survey

Filed under: , ,

Mengenai MyMP

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan

pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Maklumat lanjut