You are here: Home / Wakil Rakyat / YB Steven Sim

YB Steven Sim

In January 2011, he was appointed as a Councillor of the Seberang Perai Municipal Council, one of the largest municipalities in Malaysia. In 2012, Steven Sim was named as a Young Global Leader of the Geneva-based World Economic Forum.

Currently Elected Representative

Biography

Portfolio

  • Setiausaha, J/K Perhubungan Parlimen, DAP Bukit Mertajam.
  • Timbalan Setiausaha Organisasi, DAP Pulau Pinang.
  • Setiausaha Publisiti, DAPSY Pulau Pinang.
  • Pengarah Pendidikan Politik, DAPSY Malaysia.

Pengalaman Kerja

  • Eksekutif urusan di sebuah MNC.
  • Pegawai Khas EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Pulau Pinang.
  • Pegawai Khas, bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam.
  • Pegawai Eksekutif Kanan, Penang Institute.

Kelayakan profesional

  • Sarjana Muda Komputer Sains, Universiti Malaya.
  • Kursus “Insights into Politics and Policy in Asia for Global Leaders”, Lee Kuan Yew School of Public Policy.

MyMP Survey

Pelan

  • Meningkatkan keselamatan komuniti.
  • Mempergiatkan ekonomi masyarakat dan ekonomi anak muda.
  • Advokasi keadilan gender.
  • Persekitaran bersih dan indah.

Peranan Wakil Rakyat

  • Meningkatkan unit kaji selidik dasar Parlimen supaya boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan awam supaya masalah rakyat boleh diselesaikan secara terus tanpa terpaksa melalui orang politik termasuk wakil rakyat.
  • Akses kepada peruntukan kawasan Parlimen untuk Ahli Parlimen yang dipilih rakyat walaupun dari parti pembangkang. Pada masa kini, hanya Ahli Parlimen kerajaan sahaja yang mempunyai akses kepada peruntukan kawasan tersebut.
  • Proses sidang Dewan Rakyat perlu diperbaharui - antaranya, i) jumlah hari persidangan perlu ditambahkan dan bukan tergopoh-gapah bersidang hingga tengah malam untuk meluluskanakta-akta penting, ii) lebih banyak jawatankuasa-jawatankuasa terpilih Parlimen perlu ditubuhkan untuk membincangkan secara lanjut sesuatu isu sebelum dibawa ke dalam dewan agar pertimbangan yang lebih menyeluruh dapat diberikan terhadap isu tersebut, iii) sebuah dewan kecil berasingan perlu ditubuhkan untuk membincangkan isu-isu setempat/kawasan Ahli Parlimen yang spesifik dan yang bukan isu nasional agar masa perdebatan dalam dewan utama boleh difokuskan terhadap isu-isu nasional untuk kepentingan semua.

Cadangan Buku

Saya telah menulis sebuah buku bertajuk “The Audacity to Think: An Invitation to Rethink Politics”. Tujuan buku itu adalah untuk mengajak pembaca memikirkan konsep politik semasa seperti “mengapa saya perlu terlibat dalam politik, mengapa pula tidak boleh jadi neutral?” dan isu-isu seperti kaum, bahasa, keadilan sosial, revolusi dan lain-lain lagi. Buku ini kecil dan mudah dibaca, justeru sesuai sebagai pengenalan kepada perkara-perkara yang kita sering dengar tetapi  diberi analisis yang mungkin akan mencuit hati pembaca. Jadi saya dengan rendah diri syorkan buku saya ini.

Sources:
Sinar Project Popit Database
MCCHR MyMP Survey

Filed under:

Mengenai MyMP

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan

pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Maklumat lanjut