You are here: Home / Wakil Rakyat / YB Raja Kamarul Bahrin Shah

YB Raja Kamarul Bahrin Shah

Currently Elected Representative

Biography

Biografi Politik

Portfolio

  • Board of Studies, School of Architecture Islamic University Of Malaysia (2000 - 2004).
  • Malaysia National Tourism Council, Board Member (1998 - 2005).
  • Naib Presiden, Persatuan Bolasepak Terengganu (1998 - 2000).
  • Ahli Pengasas, Badan Warisan Malaysia (1983-2006).
  • Pengerusi, Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Terengganu (2006).
  • Pengerusi, Angkatan Amanah Merdeka Terengganu (Amanah) (2012).

Pengalaman kerja

  • Jabatan Kerja Raya, Melbourne, Victoria, Australia (1979 - 1980).
  • Kumpulan Arkitek, Kuala Lumpur (1979 - 1980).
  •  Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (1983 - sekarang).
  •  Arkitek Panca Indera Sdn. Bhd. (1984 - sekarang).
  •  Senibahri Arkitek (1984 - sekarang).

Pengalaman Kerja

  • Jabatan Kerja Raya, Melbourne, Victoria, Australia (1979 - 1980).
  • Kumpulan Arkitek, Kuala Lumpur (1979 - 1980).
  • Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (1983 - sekarang).
  • Arkitek Panca Indera Sdn. Bhd. (1984 - sekarang).
  • Senibahri Arkitek (1984 - sekarang).

Kelayakan Profesional

  • Bachelor of Architecture (Honours), University Of Melbourne, Australia.
  • Ahli Korporat Pertubuhan Akitek Malaysia.
  • Arkitek Profesional Berdaftar, Lembaga Arkitek Malaysia.
  • Ahli Badan Warisan.

MyMP Survey

Pelan

  • Saya ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil di Kuala Terengganu terutama mereka yang berniaga di pasar – ini termasuk pasar utama, pasar malam, pasar minggu dan peniaga kecil yang tidak mempunyai tempat yang 'selamat' atau kekal untuk menjalankan perniagaan mereka.
  • Saya ingin membantu golongan masyarakat yang menghadapi masalah di mana rumah dan tanah mereka diambil alih oleh kerajaan, terutamanya masalah perumahan dan pekerjaan; ini adalah kerana; mereka seringkali perlu ditempatkan semula dan terpaksa memulakan perniagaan dan kehidupan di tempat yang baru.

Peranan Wakil Rakyat

Saya perlu sentiasa melibatkan rakyat dengan melawat pasar dan tempat-tempat perdagangan terbuka dan tempat awam yang lain untuk mendengar masalah-masalah dan isu-isu mereka. Isu-isu yang tidak mendapat perhatian dan keutamaan Kerajaan Negeri perlu dibesarkan di peringkat Parlimen supaya isu-isu tersebut lebih menyerlah dan mendapat reaksi yang lebih baik daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Pihak media perlu diberi penerangan yang sewajarnya terhadap isu-isu yang dihadapi oleh orang ramai; isu-isu seperti ini perlu diketengahkan dan diberikesedaran yang lebih luas dan perhatian pihak Kerajaan.

Cadangan Buku

“Capital in the 21st Century” oleh Thomas Piketty, berkenaan realiti dan masalah-masalah ekonomi semasa. Buku ini berhubungan dengan kelemahan dan kegagalan sistem kapitalis untuk menangani masalah dunia semasa. ‘Sistem pasaran bebas' seringkali tidak 'bebas' dan manipulasi dan penyelewengan sistem pasaran bebas mewujudkan masalah ekonomi terutamanya bagi yang kurang bernasib baik. Oleh itu, masyarakat umum perlu sedar kesan negatif jika mereka bergantung secara berketerlaluan terhadap kapitalisme untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sources:
Sinar Project Popit Database
MCCHR MyMP Survey

Mengenai MyMP

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan

pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Maklumat lanjut