You are here: Home / Wakil Rakyat / Nurul Izzah

Nurul Izzah

A Malaysian politician from Parti Keadilan Rakyat (PKR), and is the current Member of Parliament for Lembah Pantai. She is the daughter of Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia and the current de facto opposition leader and leader of the PKR. Her mother, Wan Azizah Wan Ismail, is the President of PKR.

Currently Elected Representative

Biography

Portfolio Politik

Saya bermula dengan aktivisme untuk membebaskan tahanan-tahanan politik (ISA) pada tahun 1998 sejurus selepas meletusnya gerakan reformasi. Sebagai kesinambungan, aktivisme tersebut kemudiannya lahir dengan keputusan untuk bertanding di dalam PRU ke -12 untuk membawa perubahan dalam ruang legislatif di Malaysia.

Selama di Parlimen, isu yang banyak dibangkitkan termasuk dasar ekonomi semasa yang menekan kos sara hidup dan melebar jurang kemiskinan, isu hak-hak berpolitik, kedudukan wanita, kualiti sistem pendidikan, kebobrokan system, ketirisan dalam pentadbiran negara, tuntutan ketelusan dalam pentadbiran negara, pilihanraya yang adil, dan hala tuju negara dalam memperkasakan modal insan untuk memastikan masa depan yang lebih baik untuk semua. Kerangka utama dalam segala isu yang dibawa adalah reformasi sistem sedia ada.

Di peringkat akar umbi, fokus diberikan terhadap khidmat senggara yang baik menerusi tekanan kepada DBKL.

Pengalaman Kerja

  • Ahli Parlimen Lembah Pantai (2008 – sekarang).
  • Ketua Cabang, Keadilan Lembah Pantai (2010- sekarang).
  • Naib Presiden Keadilan (2010 – sekarang)
  • Ahli Kokus Parlimen TPPA.
  • Ahli Kokus Parlimen Wanita.

Kelayakan Profesional

  • Bachelor in Electrical and Electronics Engineering – Universiti Tenaga Nasional.
  • Masters in International Relations – Southeast Asian Studies – School for Advanced International Studies, Johns Hopkins University.

MyMP Survey

Pelan

Saya menumpukan kepada masalah kekangan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Lembah Pantai, terutamanya oleh masyarakat sekitar Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi; termasuklah di sekitar Taman Sri Sentosa dan Jalan Ang Seng. Saya akui, tanpa kuasa mahupun peruntukan pusat, ini bukanlah suatu perkara yang mudah ditangani, tetapi, melebihi dana, yang diperlukan oleh Lembah Pantai adalah pelaksanaan yang efisyen dan yang berupaya memerkasakan setiap individu. Kita perlukan sebuah pemangkin untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah ini keluar daripada belenggu kemiskinan.

Saya mempunyai sebuah pendekatan serampang dua mata yang ingin saya guna untuk memulakan gerakan membawa keluar masyarakat ini dari kemiskinan ini. Fokus yang pertama ialah saya ingin merealisasikan program “Social Entrepreneurship”, atau Keusahawanan Sosial. Keusahawanan sosial ini bertujuan untuk menggembeling tenaga antara masyarakat setempat untuk membina "konsortium" sesama mereka agar mereka dapat bekerja sama mencari peluang peniagaan, samada dari segi perkhidmatan ataupun penjualan produk makanan. Saya ingin memberikan peluang-peluang latihan keusahawanan ini kepada ibu--ibu serta wanita yang memerlukan di sekitar Lembah Pantai. Saya juga telah mendapatkan kerjasama oleh beberapa NGO untuk membantu saya mencapai matlamat ini. Buat peringkat pertama, kita telah laksanakan program subsidi makanan dengan kerjasama NGO MYKASIH – program yang diganding dengan syarat persekolahan buat anak-anak dan latihan kewangan buat para ibu.

 

Keduanya, saya ingin membangunkan kesedaran akan kepentingan pendidikan. Saya juga sedang dalam perbincangan untuk membuka beberapa kelas tuisyen percuma bagi kanak-kanak sekolah bagi tujuan ini. Ibu-ibu yang mengikuti program Keusahawanan Sosial akan diberi keutamaan untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen ini.

 

Saya juga ingin meningkatkan kesedaran kepentingan keputusan-keputusan politik yang diambil oleh kerajaan yang mempengaruhi kehidupan mereka semua. Keputusan-keputusan ini memberikan kesan yang mendalam ke atas taraf kehidupan termasuk keadaan ekonomi setempat, kerohanian, pendidikan dan juga hubungan sesama insan.

 

Selain itu, mutu khidmat yang lebih baik untuk para penduduk di dalam kawasan Lembah Pantai dari segi prasarana, penyelengaraan dan maklum balas terhadap aduan-aduan yang telah diutarakan. Sehubungan ini, Dato Bandar yang dipilih dan pemansuhan Kementerian Wilayah Persekutuan mampu merubah pelaksanaan dan hierarki sedia ada.

 

Perkara-perkara seperti jalanraya yang teruk, catuan air yang tidak diurus dengan baik, masalah lalulintas dan keselamatan adalah perkara asas yang tidak seharusnya menyulitkan kehidupan seharian para penduduk di Lembah Pantai untuk menjalankan kehidupan normal.


Peranan Wakil Rakyat

Hasrat ini mampu dicapai dengan kerjasama yang lebih baik di antara badan-badan kerajaan seperti DBKL dan Ahli-Ahli parlimen Wilayah Persekutuan. Talian komunikasi di antara pejabat Ahli Parlimen dan agensi-agensi kerajaan harus sentiasa terbuka agar dapat memberikan khidmat yang terbaik – tanpa mengira garisan partisan politik.

Kawasan undi di dalam Wilayah Persekutuan tidak lagi boleh dianaktirikan oleh kerajaan disebabkan perbezaan politik. Peruntukan untuk Ahli Parlimen tidak diberikan secara terus, malahan harus mendapatkannya melalui DBKL. Sekiranya perlu, audit terbuka boleh dilaksana untuk memastikan penyaluran dana yang adil dan layak.

Dari itu, peruntukan Ahli Parlimen perlu diberikan secara terus kepada semua Ahli Parlimen, tanpa mengira parti. Ahli Parlimen merupakan mereka yang paling mengetahui akan isu-isu berkaitan dengan penduduk setempat. Terutamanya Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk membantu mereka. Ahli Parlimen harus diberikan akses kepada sekolah-sekolah serta bangunan-bangunan kerajaan dengan bebas agar mudah berurusan dan berinteraksi dengan kesemua agensi demi memberikan khidmat yang terbaik.

Kesimpulannya, perbezaan fahaman politik tidak seharusnya  menjadi batu penghalang untuk bergerak bersama-sama berkhidmat untuk rakyat. Kita semua adalah rakyat Malaysia, yang bertanggungjawab untuk sama-sama membangunkan negara, demi kepentingan rakyat, dan generasi akan datang. Kerajaan Persekutuan perlu berhenti melayan pembangkang sebagai "musuh" dalam negara. Mereka perlu memberikan contoh yang terbaik agar rakyat, tanpa mengira semangat kepartian, akan dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

Cadangan Buku

Saya mencadangkan “The Price of Inequality” oleh Joseph Stiglitz bagi semua bagi memahami kepentingan merangka model dan dasar ekonomi yang mengambil kira keperluan masyarakat termiskin dan tanggungjawab kerajaan menyediakan peluang saksama dan adil dalam menangani permasalahan masa kini.

Sources:
Sinar Project Popit Database
MCCHR MyMP Survey

Mengenai MyMP

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan

pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Maklumat lanjut