You are here: Home / Wakil Rakyat / Khalid Samad

Khalid Samad

A politician who is a member of PAS. He graduated with a degree in Fuel and Energy Engineering from Leeds University in 1979 and worked for Petronas.

Currently Elected Representative

Biography

Portfolio Politik

  • Ahli JawatanKuasa PAS Pusat.
  • Ahli Lujnah Politik PAS Pusat.
  • Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
  • Timbalan Pengarah Jawatan Kuasa Persempadanan PAS Pusat.
  • Ahli Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor.

Pengalaman Kerja

  • 1979 - 1980 Petroliam Nasional Berhad.
  • 1980 - 1986 Petronas Dagangan Sdn Bhd.
  • 1987 - 2000 Naftamore Sdn. Bhd.
  • 1996 - 1998 Techart Sdn. Bhd.
  • 1997 - 2006 Naftamore Samudra Gas Sdn. Bhd.
  • 2007 - 2008 Corroshield Sdn. Bhd.
  • 2008 - 2014 Ahli Parlimen Shah Alam.

Kelayakan Professional

BSC Kejuruteraan Bahan Api Dan Tenaga (University Of Leeds 1979).

MyMP Survey

Pelan

  • Sebagai Ahli Parlimen tumpuan saya lebih di peringkat federal. Projek-projek peringkat federal yang utama adalah Hospital Shah Alam dan Sekolah Rendah JK di kawasan U10.
  • Di peringkat negeri saya ingin melihat selesainya jalan alternatif Padang Jawa ke Seksyen 17 dan penyelesaian masalah banjir melalui penaik tarafan Sungei Rasah dan Sungei Klang.
  • Di peringkat PBT atau local council, saya ingin melihat masalah sampah dan jalan yang berlubang diselesaikan dengan baik. Begitu juga masalah peniaga kecil/pasar malam dan urusan pembinaaan tanpa kebenaran dalam kawasan pentadbiran MBSA.

Peranan Wakil Rakyat

Pemberian peruntukan Ahli Parlimen oleh kerajaaan pusat sepertimana yang sepatutnya. Ini akan memungkinkan Ahli Parlimen menggajikan lebih kakitangan yang berkebolehan untuk membantu dalam usaha membantu rakyat di dalam kawasan Parlimennya. Ini akan juga memberinya kemampuan menggajikan pegawai penyelidik yang akan membantunya dalam menentukan pendirian atas isu-isu tertentu berdasarkan maklumat yang lebih tepat dan terperinci.

Cadangan Buku

Banyak sangat buku yang perlu dibaca kerana banyak sangat kekeliruan yang wujud di dalam masyarakat Malaysia, khususnya di kalangan masyarakat Melayu berhubung Islam, politik dan ekonomi. Sukar untuk dinamakan satu buku sebagai yang patut dibaca.

Sources:
Sinar Project Popit Database
MCCHR MyMP Survey

Filed under: , , ,

Mengenai MyMP

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan

pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Maklumat lanjut