You are here: Home / Wakil Rakyat / Darell Leiking @ Ignatius Dorell Leiking

Darell Leiking @ Ignatius Dorell Leiking

Currently Elected Representative

Biography

Portfolio Politik

  • Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat, Penampang (2010-2014).
  • Timbalan Setiausaha Agung, Parti Keadilan Rakyat (2010-2014).
  • Ahli Parlimen Penampang, Sabah (2013-2018).

Pengalaman Kerja

Peguam sejak 1994 hingga terkini.

Kelayakan Profesional

Peguam (LL.B Hons, Univ of Hertfordshire / Member of Lincoln’s Inn (Barrister at Law)).

MyMP Survey

Pelan

Jika kami telah membentuk Kerajaan pusat, saya akan menunjukkan bagaimana kerajaan baru dan wakilnya akan mendekati semua pengundi tanpa mengira kesetiaan politik mereka. Saya juga akan melibatkan ahli pembangkang dalam pembangunan kawasan saya ke tahap yang akan dikagumi oleh semua orang. Ini akan melibatkan pengurusan Majlis Daerah supaya perkhidmatan kepada semua pembayar cukai dan penduduk berkualiti tinggi dan kecemerlangan; memastikan kebersihan daerah; dan perkhidmatan yang diberi kepada semua oleh Majlis Daerah adalah baik dan banyak lagi. Saya juga akan menjaga semua kampung-kampung di seluruh daerah tanpa mengira keahlian politik mereka, bukan seperti Kerajaan ini yang menindaskan kampung-kampung yang menyokong kami (PKR); saya akan adil dan buta kepada kesetiaan politik.

Saya juga akan pastikan tiada kanak-kanak di kawasan saya dinafikan pendidikan terutama mereka dari kawasan pedalaman di Moyog yang tidak mempunyai peluang untuk menghadiri Sekolah Menengah; sehingga masa ini, mereka bergantung kepada sekolah menengah yang didirikan dikawasan bandar Penampang. Oleh itu, membina sekolah menengah di Moyog Atas, Penampang akan menjadi keutamaan saya.

Tambahan lagi, saya akan memastikan Hospital Besar di Daerah saya mempunyai agenda utama dalam penggal saya. Kami telah dinafikan perkara termasuk peluang. Dengan itu, menguruskan aset, perkhidmatan, daya maju komersial (supaya pekerjaan bagi graduan muda dan orang-orang kita boleh disetempatkan di Penampang) dan pebentukkan daerah yang berorientasikan penduduknya, akan menjadi fasa pertama penggal pertama. Selama ini kita berjuang untuk mengembalikan Sabah sebagai Rakan Sama di Persekutuan Malaysia menurut kepada Perjanjian Malaysia 1963.

Walau bagaimanapun, sebagai Ahli Parlimen Pembangkang kita hendaklah mengaudit JANJI dan manifesto Kerajaan Barisan Nasional dan menuntut supaya mereka menunaikan janji mereka kerana mereka telah membentuk Kerajaan. Selama masa yang sama, dan kerana saya tidak mempunyai akses kepada pihak berkuasa tempatan dan dana sosial seperti Ahli Parlimen BN, saya akan memantau bagaimana mereka menggunakan dana yang diperuntukkan kepada Daerah dan kepada Pengerusi BN di daerah kami. Ini juga memberi kita peluang untuk berjuang untuk Perjanjian Malaysia 1963, tuntutan royalti minyak kita dan bersuara bagi pihak penduduk kawasan saya dan bagi Sabah secara amnya supaya Kerajaan ini tidak akan menyalahgunakan penggal mereka.

Peranan Wakil Rakyat

Kualiti yang paling penting adalah kepercayaan kepada Tuhan (tidak kira apa kepercayaan) dan mempunyai disiplin untuk melakukan sesuatu dalam peranan kita sebagai sama ada Kerajaan atau Ahli Parlimen Pembangkang. Sebagai seorang Ahli Parlimen Pembangkang, kami tidak mempunyai akses kepada media (television atau radio) kecuali Internet. Saya akan menggunakan semua media sosial dan juga media cetak apabila dibenarkan, untuk menyampaikan mesej kita dan apa yang kita lakukan untuk Kawasan kami.

Bagi memastikan keberkesanan Ahli Parlimen, saya percaya bahawa kita perlu memberi tumpuan kepada isu-isu yang bergema dengan orang ramai. Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menjalankan tugas di kawasan pembangkang; tugas ini perlu dijalankan meskipun kita mengkritik kegagalan. Kami juga akan mengadakan dialog dengan orang ramai dan kampung-kampung dan menganjurkan perjumpaan sosial termasuk kempen kerana ini adalah alat yang sedia ada bagi ahli pembangkang.

Cadangan Buku

Saya mencadangkan buku “Golden Anak Kadazan” yang ditulis oleh Bernard Sta Maria mengenai Datuk Peter Mojuntin. Buku ini dilarang oleh Kerajaan atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka. Alasan yang diberi apabila saya bertanya tentang sebab-sebab larangan tersebut tidak ditarik balik ialah, buku inin ‘memudaratkan keselematan negara'. Alasan ini tidak diterima.Walau bagaimanapun, dengan adanya Internet, buku ini boleh dibaca online dan banyak anak-anak muda mempunyai peluang untuk membaca mengenai kehidupan seorang Kadazan, Allahyarham Datuk Peter Mojuntin yang berinspirasi dan berkarisma - bagaimana beliau berjuang untuk membentuk Malaysia, bagaimana beliau sedar bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku dalam semangat pembentukan Malaysia dan bagaimana beliau muncul kembali untuk menyelamatkan Sabah daripada ambang bencana sehinggalah kematian mengejut beliau.

Buku ini tidak patut dilarangkan tetapi patut dijadikan sebahagian daripada ingatan sejarah kami.

Sources:
Sinar Project Popit Database
MCCHR MyMP Survey

Filed under: , ,

Mengenai MyMP

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan

pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Maklumat lanjut