Apakah Projek MyMP?

You are here: Home / Mengenai Kami

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen. 

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Laman web MyMP mengandungi maklumat asas Ahli-Ahli Parliamen,seperti pengalaman kerja dan  latar belakang pendidikan. Maklumat ini diberi oleh Ahli Parlimen kepada Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) melalui borang soal selidik yang boleh didapati di sini [INSERT LINK TO QUESTIONNAIRE].

Saya seorang Ahli Parlimen. Apakah manfaat yang boleh saya dapati dari projek MyMP?

  • Profil saya sebagai Ahli Parliamen dapat disebarkan dengan lebih luas. Projek MyMP dibawah rangka kerja UndiMsia! yang mempunyai jangkauan luas di kalangan belia bandar;
  • Pengundi-pengundi dapat mengenali saya (sebagai Ahli Parliamen) dengan lebih mendalam;
  • Saya dapat membantu rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka (jika masalah tersebut berkaitan dengan kerajaan pusat).

Sekiranya Ahli Parlimen mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di [email protected] atau melalui telefon di talian 03-2201-1454.

Soalan Lazim Projek MyMP

  1. Adakah Projek MyMP berpihak kepada mana-mana parti politik?
    Projek MyMP adalah satu projek yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Projek ini dikendali oleh Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR); MCCHR adalah satu organisasi yang berasaskan pendidikan dan tidak berpihak.
  2. Kenapakah MCCHR membuat projek MyMP?
    MCCHR yakin projek MyMP dapat memberi peluang kepada pengundi untuk mengenali Ahli Parliamen dengan lebih rapat.
  3. Adakah jawapan-jawapan yang diberikan oleh Ahli Parliamen akan disalah gunakan?
    Jawapan-jawapan yang diberi oleh Ahli Parlimen akan dipaparkan dalam laman web MyMP sepertimana yang diberikan oleh Ahli Parlimen.
  4. Adakah Ahli Parlimen wajib menjawab soal selidik ini?
    Tidak. Ahli Parlimen tidak wajib menjawab soal selidik MyMP. Walau bagaimanapun, kami berharap Ahli Parlimen akan memberi kerjasama untuk menjayakan projek ini melihatkan faedah yang diberikan kepada Ahli Parlimen dan pengundi.
  5. Sebagai Ahli Parlimen, bolehkah saya kemaskini profil saya?
    Ya, boleh. Jika Ahli Parlimen ingin mengemaskinikan profil, Ahli Parlimen boleh menghantar maklumat terkini kepada [email protected]
  6. Siapakah yang memberi dana untuk projek MyMP?
    Dana untuk projek ini diberi oleh Konrad-Adenauer-Stiftung Malaysia (KAS). Walau bagaimanapun, KAS tidak mempengaruhi reka bentuk dan pelaksanaan projek MyMP. MCCHR bertanggungjawab sepenuhnya ke atas reka bentuk dan pelaksanaan projek MyMP. KAS adalah yayasan Jerman yang dinamakan sempena Canselor pertama Republik Persekutuan Jerman dan berasaskan prinsip beliau. Oleh itu, ia bertujuan untuk menyokong demokrasi dan kedaulatan undang-undang, hak asasi manusia, melanjutkan kerjasama antara negara-negara yang berbeza dan pelbagai budaya, dan menggalakkan konsep Jerman ekonomi pasaran sosial. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kas.de.
  7. Apakah yang digunakan untuk membangun lama web MyMP?
    Laman web MyMP dibina dengan menggunakan perisian sumber terbuka Sinar Project Wakil Rakyat dan Popit, iaitu pengakalan maklumat terbuka kerajaan dan ahli-ahli politik.

Bagaimanakah saya boleh membantu menjayakan Projek MyMP?

Kamu boleh menghubungi [email protected] atau menelefon 03-2201-1454. Sebagai sukarelawan, kamu akan diminta untuk menghubungi Ahli-ahli Parlimen untuk mendapatkan jawapan soal selidik MyMP. Kamu juga dapat mengenali dan berjumpa dengan AP kamu.


Mengenai MyMP

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan

pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Maklumat lanjut